AMD Memperkenalkan CPU Ryzen 7000 dan Chipset Baharu

Lisa Su, CEO AMD telah mengumumkan siri CPU baru iaitu Ryzen 7000 dan motherboard chipset siri-600. CPU dan motherboard dijangka dilancarkan pada Q4 2022. AMD mempamerkan processor 16-Core Ryzen 7000 dapat mencapai 5.5 GHz apabila diguna untuk gaming, serta mencapai sebanyak 31% lebih pantas daripada Intel Core i9-12900K dalam Blender.

(Gambar: AMD)

Processor siri 7000 juga dikenali sebagai ‘Raphael’ itu dijangka mendapat 15% lebih performance dalam ‘single-threaded’ daripada Zen 3 yang lama, serta hingga 5 GHz+ maximum boost. Siri 7000 juga dikatakan datang dengan grafik RDNA 2, dan hanya dapat sokong memory DDR5. AMD tuntut bahawa ia merupakan jenama yang perolehi 5nm PC processor pertama di dunia, malah dengan 6nm I/O die dan dua kali ganda L2 cache setiap processor core.

(Gambar: AMD)

Jom kita semua menantikan Q4 2022.

You have successfully subscribed!
This email has been registered